Mar 10, 2011

Tuak ( Tapai )

Tuak adalah minuman beralkohol yang diperbuat daripada beras yang ditapai. Ia adalah minuman tradisional masyarakat Iban di Sarawak dan diminum terutamanya semasa Hari Gawai setiap tahun.
Cara pembuatan Tuak.
o Masak 5 kg beras pulut
o Sejukkan dalam bekas leper
o Tumbuk 5 kg ragi bulat dan 5 keping ragi yang dipotong halus ke dalam serbuk ragi.
o Aduk serbuk ragi dengan nasi yang telah dingin
o Peram campuran ini dalam bekas yang telah dibersihkan selama 1 minggu
o Tuangkan pati gula secukup rasa dan air sejuk ke dalam campuran ini
o Peramkan campuran ini selama 1 minggu lagi, untuk kesan maksimum. Kandungan alkohol adalah antara 10% hingga 50% bergantung berapa lama ia direndam.