Jan 27, 2012

Oh, Baru Tahu

Dalam masyarakat Iban, ada syarat2 tertentu dalam memberi nama anak kepada bayi mereka. Misalnya, menamakan bayi mereka mengikut nama moyang, nama datuk dan nenek, adik beradik, keluarga terdekat atau kenalan lainnya. namun demikian, dengan syarat bahawa nama individu yang diambil itu telah meninggal dunia. Nama orang yang masih hidup tidak boleh digunakan kerana dipercayai ia boleh memendekkan umur individu tersebut. Sekarang pun masih ada juga masyarakat Iban yang mengamalkan budaya ini. ~_~

No comments:

Post a Comment